Deschamps dilambung pemain-pemainnya sebaik sahaja menang ke atas Ukraine pada aksi play off Kelayakan Piala Dunia Selasa lalu.KONTRAK jurulatih Perancis, Didier Deschamps disambung hingga ke 2016 berikutan kejayaannya membawa pasukan ke Piala Dunia 2014.Deschamps dijangka akan menggalas tugas terakhir selepas tamat Piala Dunia tahun depan, tetapi presiden Persatuan Bola Sepak Perancis, Noel Le Graet mengesahkan kontrak itu selepas meraih kemenangan ke atas Ukraine selepas aksi play-off pada Selasa. "Didier memberi keyakinan kepada kami dan dia akan terus mengendali Les Blues sehingga Euro 2016," jelas Le Graet.Deschamps sebelum ini pernah memberi bayangan akan meletak jawatan sekiranya Perancis gagal layak ke Piala Dunia 2014 namun, pada Selasa lalu pasukannya menang 3-0 (agregat 3-2) pada aksi play off sekaligus mengubah niatnya itu.Dia akan terus mengemudi pasukan sehingga 2016 yang mana Perancis menjadi tuan rumah bagi UEFA Euro tahun tersebut.