suria

Rooney Lonjak United Ke Tangga Keenam

Wayne Rooney meraikan jaringannya.
LONDON: Penyerang sensasi, Wayne Rooney membantu Manchester United melonjak ke tangga keenam Liga Perdana Inggeris untuk kali pertama sejak November tahun lalu selepas menewaskan Crystal Palace 2-0.

Rooney memastikan kemenangan itu selepas Robin van Persie menyempurnakan sepakan penalti untuk United di depan pada minit ke-62.

Kemenangan itu meletakkan pasukan David Moyes itu lapan mata di belakang pasukan di tempat keempat, Liverpool dalam saingan untuk merebut tempat terakhir kelayakan Liga Juara-Juara.

Liverpool akan menentang Swansea City malam Ahad.

Dalam perlawanan terdahulu, tiga gergasi bola sepak England, Arsenal, Manchester City dan Chelsea masing-masing mencatat kemenangan.

Chelsea mengekalkan kedudukan pendahulu selepas menumpaskan Everton 1-0 di Stamford Bridge, menerusi jaringan lewat minit kapten, John Terry pada masa kecederaan.

Olivier Giroud pula meledak dua gol ketika membantu Arsenal membenam Sunderland 4-1 untuk terus mengekori rapat Chelsea.

Manakala jaringan Yaya Toure pada minit ke-70 membolehkan City menang tipis 1-0 ke atas Stoke City di Stadium Etihad.

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain