PEMAIN no.1 dunia, Rafael Nadal menjuarai Terbuka Rio selepas bekerja keras menewaskan Alexandr Dolgopolov 6-3 7-6 (3 ) atas Alexandr Dolgopolov pada aksi akhir Isnin. Nadal meraih gelaran ke-62 dalam kariernya dan memastikan rekod tanpa kalah perlawanan di Brazil - satu rekod baik yang akan di bawa pada Sukan Olimpik 2016 di Rio. Dolgopolov tidak mudah tewas apabila mempamerkan aksi sengit dengan mengutip tiga mata pada set pertama, namun Nadal bertahan untuk memenangi set itu. pada set kedua, menyaksikan kedua-dua pemain itu saling berkejaran, namun kelebihan Nadal dalam berdepan situasi sukar memberi kemenangan straigh set sekaligus menjadikan trofi keduanya tahun ini. "Sentiasa menjadi istimewa apabila meraih trofi kemenangan. "Edisi sulung kejohanan besar seperti ini begitu penting bukan sahaja untuk Rio tetapi untuk dunia. "Menjuarai sesuatu kejohanan selepas kembali daripada kecederaan adalah sesuatu lebih istimewa," jelas Nadal selepas meraih trofi pada kejohanan sulung Terbuka Rio ini.