Tatkala Adidas yang merupakan jenama dari Jerman memperkenalkan but bola jenis Magista di Barcelona, Nike juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan pembaharuan dalam but bola mereka.
Walaupun kedua-dua syarikat memperkenalkan bentuk but yang kelihatan sama, namun ia masih memberi kelebihan untuk pengguna mengujinya.
Ketika memperkenalkan but yang berstokin itu, Nike menggunakan pemain Barcelona, Andres Iniesta untuk menceritakan kelebihan menggunakan but bola keluaran terbaharu itu.
Tidak kurang juga 'serangan' iklan yang dilakukan di laman-laman sosial khususnya Tweeter.
Pengenalan model baharu itu turut mendapat tarikan daripada peminat barangan sukan terutamanya pemain bola sepak dari serata dunia.