suria

Keadaan Michael Schumacher Tidak Berubah

Michael Schumacher

PARA doktor yang merawat lagenda Formula 1 Michael Schumacher masih berusaha untuk menyedarkannya dari koma kerana keadaannya tidak banyak berubah.

Juara F1 tujuh kali itu yang berusia 45 tahun, mengalami kecederaan parah pada kepalanya selepas dia terjatuh ketika bermain ski di Pergunungan Alps di Perancis 29 Disember lalu.

"Michael masih lagi berada pada kedudukan fasa umtuk dibangunkan," kata pengurusnya, Sabine Kehm dalam satu kenyataan pada Jumaat.

"Situasinya sekarang tidak banyak berubah dari kedudukan asal ketika dia berada di dalam koma dahulu," tambahnya lagi.

Pelumba asal Jerman itu telah diberikan ubat secara klinikal untuk membolehkannya berada dalam keadaan koma bagi mengurangkan tekanan dan bengkak pada otaknya.

Schumacher bersara dari F1 pada 2012 selepas 19 tahun berlumba dalam siri paling berprestij dalam dunia perlumbaan dunia.

Dia pertama kali menang dua kejuaraan dunia bersama Benetton, pada 1994 dan 1995 sebelum beralih ke Ferrari pada 1996.

Bersama Ferrari, Schumacher menang lima kejuaraan dunia berturut-turut bermula pada tahun 2000.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain