suria

Murray Catat Kemenangan Ke-300 Di Gelanggang Keras

Murray menang pada aksi kedua Terbuka BNP Paribas, Ahad.

ANDY Murray mencatatkan kemenangan ke-300 di gelanggang keras selepas menewaskan Lukas Rosol dalam aksi tiga set pada pusingan kedua Terbuka BNP Paribas di India Wells awal pagi Ahad.

Murray, pilihan kelima mempamerkan aksi lebih mantap menang ke atas pemain Czech ini, 4-6 6-3 6-2 selepas mendapat 'bye' pada pusingan pertama.

Pemain Britain ini menang melalui 69 peratus melalui pukulan servis kedua, berbanding 39 peratus yang dilakukan Rosol.

"Saya gagal dalam tiga pukulan berturut-turut pada mata terakhir set pertama. Selepas itu saya hanya fokus dan mencari kemenangan, yang selalu berada dalam fikiran saya," jelasnya.

Tenis, Andy Murray, Terbuka Paribas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain