suria

Xavi Mahu Jadi Pengurus Barcelona

Xavi

PEMAIN tengah Barcelona, Xavi mahu menjadi pengurus di kelab ini selepas bersara sebagai pemain.

Bintang antarabangsa Sepanyol,34 tahun ini menghabiskan keriernya di Barca dengan mencatat 700 penampilan dengan merangkul 22 trofi.

"Ya, saya berminat...tetapi itu perancangan masa depan.

"Saya mahu terlibat dengan bola sepak selamanya dan sentiasa mahu berada di Barcelona. Hati dan perasaan saya di sini," jelasnya.

Walaupun pakar serangan ini bakal menamatkan kontraknya di Nou Camp pada 2016 dan merancang untuk mengubah angin ke bidang pengurusan, Xavi tetap mahu terus beraksi.

"Setakat ini saya lebih suka sebagai seorang pemain. Ketika kamu kanak-kanak, kamu begitu teruja bermain, betul? Apa yang saya mahu sekarang ialah bola sentiasa berada di kaki saya dan menguasai permainan," tambahnya.

Xabi mula menyertai Akademi Barca, Le Masia ketika berusia 11 tahun pada 1991 dan diberi peluang menyertai pasukan utama ketika di bawah pengurusan Louis van Gaal pada tahun 1998.

xavi, barcelona, sepanyol

Artikel Lain