"Saya sudah berbincang pada mesyuarat jawatankuasa kerja pada Selasa dan akan menghantar surat bantahan mengenai keputusan tersebut.
"Kami ada bukti kukuh menunjukkan Azizul tidak bersalah. Jika kejadian sama sebelum ini, kami hanya terima sahaja, tetapi kali ini kami mempunyai persoalan mengenai keputusan pegawai pertandingan.
"Memang video menunjukkan tidak ada apa-apa aksi kesalahan yang dilakukan Azizul.
Penyertaan Azizulhasni dibatalkan sebanyak tiga kali ketika menyertai siri dua siri Piala Dunia Klasik di Colombia dan Kejohanan Dunia di Cali, Colombia.
Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata, beliau ada menyarankan kepada Beasley agar memberi ruang kepada pasukan-pasukan yang memprotes Azizul.
"Bagi mereka tengok video dahulu untuk menentukan ada atau tidak kesalahan yang dilakukan Azizul ketika itu.
"Beasley sendiri tidak faham mengapa ia berlaku. Bagi saya, langkah-langkah tertentu perlu diambil kerana kita tidak mahu perkara ini terus berlaku pada Sukan Olimpik ataupun mana-mana kejohanan lain.
"Azizul dilihat seperti 'kambing hitam' mungkin untuk menutupi kelemahan sesetengah pihak," jelasnya.