Bos Reds itu hanya mempunyai baki setahun lebih kontrak sekarang, walaupun ada pilihan untuk menyambung 12 bulan.
Pada aksi Ahad lalu, mereka menumpaskan musuh ketatnya, Manchester United di Old Trafford 3-0, kemenangan pertama mereka di laman lawan sejak 2009 yang hanya mencatat 16 kemenangan keseluruhan dalam tempoh 118 tahun, sekaligus menjadikan sejarah tersendiri buat skuad Rodgers.
Gerrard tidak ragu-ragu sekiranya pengurus itu diberi kontrak baharu.
"Dia adalah seorang jurulatih muda yang layak menjadi pengurus Liverpool dan dari seminggu ke seminggu dia menunjukkan peningkatan dan telah memberi kesegaran kepada kelab ini.
"Setiap hari saya belajar daripadanya. Apabila kamu menjadi seorang pemain berpengalaman, kamu akan melihat apa yang dilakukan oleh pengurus-jika dia melakukan perkara yang sama.
"Bagi saya dia adalah seorang yang menakjubkan dan saya yakin pemain-pemain lain juga berasa begitu.
"Kami berharap dia akan terus berada di sini, dan berharap ada sesuatu di Boston (tempat tinggal pemilik John W Henry) yang berlaku sekarang kerana kami perlu mendapatkan tandatangannya secepat mungkin," jelas kapten England ini.