PENGARAH kelab Inter Milan, Piero Ausilio berada di Stamford Bridge pada Selasa malam bagi memburu penyerang Chelsea, Fernando Torres. Ausilio minggu lalu memberi peringatan bahawa gaji Torres mungkin terlalu tinggi untuk Inter tetapi penyerang Sepanyol itu menjadi sasaran kelab gergasi Itali ini yang kini di bawah penguasaan pemilik baharu dari Indonesia, Erick Thohir. Bos Inter, Walter Mazzarri bimbang dengan pilihan penyerang ini, tetapi lebih berminat kepada pemain pertahanan tengah, John Obi Mikel. Kontrak Torres yang yang menggantikan Samuel Eto'o pada separuh masa kedua aksi pusingan kedua 16 pasukan Liga Juara-Juara awal pagi Rabu berbaki dua tahun lagi bersama The Blues. Peluang Inter itu kelihatan cerah memandangkan pengurus Chelsea, Jose Mourinho dikatakan akan mencari penyerang baharu musim depan.