Juara dunia empat kali turut mengalami masalah berkaitan dengan isu perisian pemanduan dan bos Red Bull Christian Horner berkata pihaknya masih mencari punca sebenar dan hanya satu jentera ini sahaja yang bermasalah.
"Sejak pagi Sabtu, unit tenaga telah mencari punca dan tiada alasan kukuh yang dijumpai.
"Dari segi pemasangan, semuanya sama dengan satu lagi jentera Daniel Ricciardo, kedua-duanya menggunakan enjin baharu," jelasnya.
Pun begitu, jentera Ricciardo juga turut mengalami sedikit saat sukar sebelum perlumbaan bermula.
"Kami berdepan dengan 'drama' ketika dia meninggalkan garaj, turbo tidak berjalan lancar.
"Kami terpaksa membetulkan semula pusingan tenaga yang digunakan, dan ia kembali normal.
"Jadi itulah drama yang kami lalui sebelum ke grid, tetapi kembali baik dan tidak timbul lagi masalah tersebut," katanya.