Penyertaan pemain no.3 dunia ini di Miami sedikit sangsi selepas tewas 6-2 6-1 kepada pemain Itali, Flavia Pennetta pada aksi akhir Terbuka BNP Paribas Ahad lalu.
"Kini saya hanya mempunyai beberapa hari sahaja untuk berehat. Amat bertuah kerana permainan saya akan bermula pada Jumaat ini, sama ada bertemu pemain Serbia Bojana Jovanovski atau Romina Oprandi dari Switzerland," katanya.
"Banyak sesi pemulihan dibuat, mengambil pil dan lain-lain agar dapat membantu memulihkan kecederaan ini dengan cepat. Saya akan cuba dan harap dapat melakukannya."
Radwanska merupakan juara kejohanan ini di Miami pada tahun 2012, mempamaerkan prestasi cemerlang musim ini dengan mara ke separuh akhir Terbuka Australia dan Doha sebelum mara ke final di Indian Wells.