Sejak berganding dengan jurulatih tersebut pada tahun 2011, Lendhl membantu membawa kejayaan besar kepada Murray termasuk memecah rekod 77 tahun pemain Britain menjuarai Wimbledon.
Sebelum meraih pingat emas dalam acara perseorangan dan pingat perak acara beregu pada Sukan Olimpik 2012, Murray turut merangkul gelaran pertama Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat dengan menewaskan Novak Djokovic.
"Kami berbincang selepas aksi di Indian Wells dan secara asanya ia berjalan lancar.
"Ivan mahu berubah angin dan ada lebih penting daripada apa yang dia tawarkan sekarang.
Dan pastinya keputusan mencari jurulatih baharu tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini, sebaliknya Murray hanya mahu fokus kepada permainannya.
"Selepas saya tamat beraksi Piala Davis, saya tidak bercadang untuk menyertai mana-mana kejohanan lain dalam tempoh empat minggu.
"Saya perlukan masa dan berfikir mengenai perkara ini. Buat masa sekarang saya ada perlawanan yang perlu ditamatkan, dan sudah tentu kamu tidak mahu membuat keputusan tergesa-gesa.
"Biasanya hubungan dengan bekas pemain tidak akan bertahan lebih lama, tidak lebih tiga atau empat tahun.
"Jadi saya perlu tahu apa yang saya inginkan, sama ada mahu terus seperti sekarang ataupun mencari sesuatu yang berbeza," katanya.