suria

Lorenzo Beri Kata Dua Kepada Yamaha

Lorenzo tagih Yamaha agar mempertingkatkan jenteranya.

BEKAS juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo mengakui ada berbincang mengenai kontrak dengan pasukannya Movistar Yamaha.

Lorenzo berkata, sekiranya Movistar Yamaha boleh mengubah peningkatan YZR-M1, dia bersedia untuk kekal dengan ini.

Dalam pada terdapat laporan mengenai pelumba Ducati, Gig Dall'Igna menjadi perhatian selepas Lorenzo. Manakala pelumba Cal Crutchlow bakal tamat kontrak musim ini.

"Kami sudah mula berbincang dengan Yamah dan mengadakan pertemuan pertama. Pandangan saya, akan berada di Yamaha dan tidak akan bertukar kepada pengeluar lain. 

"Kami di sini cuba untuk menang dan jentera adalah sangat penting. Jadi, jika Yamaha boleh mengubah kepada yang lebih baik dan menawarkan motosikal yang hebat, kami (bersama Valentino Rossi) akan terus berada di sini satu atau dua tahun lagi," jelas Lorenzo ketika di Austin.

Pada aksi pusingan kedua MotoGP pada Ahad, Lorenzo hanya menamatkan saingan di tempat ke-10 walaupun menguasai perlumbaan pada lap pertama, manakala rakan sepasukannya Rossi di kedudukan  kelapan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain