PENYERANG Liverpool, Luis Suarez meminta penyokong-penyokong kelab ini agar bersabar bagi mengurangkan tekanan pasukan dalam merebut persaingan trofi pertama dalam tempoh 24 tahun musim ini. Pemain antarabangsa Uruguay yang menjaringkan 29 gol musim ini mengakui dia tidak boleh mencapai tahap kemuncak melalui pihak media. "Satu perkara biasa penyokong-penyokong berasa teruja dan berbincang mengenai peluang yang kami ada. "Saya ada berjumpa dengan peminat-peminat ketika keluar membeli-belah dan mereka ada bercakap dengan. "Saya memberitahu mereka agar bertenang dan jangan risau. Kami akan cuba yang terbaik. "Bagi seorang pemain, adalah lebih baik jika tidak terlibat dengan perbincangan tersebut. "Secara peribadi, jika saya tidak mendengar radio, tidak menonton TV atau membaca, saya rasa lebih baik. Saya tahu situasi sebenar. "Memenangi trofi adalah sesuatu yang berharga, namun kami tidak boleh terlalu memikirkan itu pada masa ini," jelas Suarez. The Reds kini mendahului kedudukan liga dengan kelebihan dua mata (77) di atas Chelsea dengan berbaki empat perlawanan. Minggu ini mereka akan bertandang ke Norwich City.