KUALA LUMPUR: Bintang muda Turki Cagla Buyukakcaymempunyai peluang untuk membalas dendam apabila menentang juara bertahan Karolina Pliskova pada suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2014 pada Jumaat. Buyukakcay, 24, berkata beliau kalah kepada kepada pemain dari Republik Czech itu 6-3, 6-3 pada pusingan pertama Kejohanan Qatar Total Terbuka di Doha,Februari lepas. "Pliskova adalah pemain yang mantap sekali dan sentiasa melakukan servis yang baik serta agresif dalam gelanggang. Saya akan bersedia dan melakukan yang terbaik pada suku akhir nanti," kata pemain berusia 24 tahun itu. "Oleh kerana pernah kalah kepadanya, saya perlu berbincang dengan jurulatihsaya mengenai strategi untuk mengalahkan beliau," kata Buyukakcay kepada pemberita selepas perlawanan pusingan kedua, Khamis. Katanyanya bangga untuk muncul sebagai pemain terbaik Turki dan akan menumpukan sasaran untuk menjadi pemain dalam ranking 100 terbaik pada tahun ini. Buyukakcay, yang menduduki ranking ke-150 dunia, menempah slot suku akhir selepas menundukkan pemain Slovakia Tadeja Majeric 6-4, 6-4. Pliskova, 22, pula menjinakkan pemenang pusingan kelayakan Duan Ying-Yingdari China 6-1, 6-3 pada saingan pusingan kedua di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC) di sini. Dalam pada itu, pilihan utama Dominika Cibulkova dari Slovakia akan menentang pemain Kazakhstan, Zarina Diyas pada suku akhir selepas mengalahkan pemain Taiwan Hsieh Su-Wei 6-1 dan 6-2. "Saya berharap untuk bermain dengan lebih baik apabila menentang Diyas. Saya tidak pernah bertemu dengannya dan juga tidak pernah melihat aksinya. Memang sukar apabila anda tidak mengetahui skil lawan tetapi saya menganggap ini sebagai satu ujian," kata Cibulkova. Dalam satau lagi pertarungan suku akhir, pemain pilihan kedua Zhang Shuaidari China akan bertemu pemain Poland Magda Linette selepas menumpaskan pemain Hong Kong Zhang Ling dengan 6-3, 4-6 dan 6-0 pada saingan pusingan kedua.