MADRID: Atletico Madrid dan Chelsea sekadar mencatatkan keputusan seri 0-0 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah di Madrid, awal pagi Rabu. Chelsea dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mara ke final kedua dalam tempoh tiga tahun apabila kedua-dua pasukan bertemu di Stamford Bridge Rabu depan. Pemenang akan bertemu dengan Real Madrid atau juara bertahan Bayern Munich yang akan bermain awal pagi Khamis. Perlawanan tersebut turut menyaksikan tonggak di bahagian pertahanan, John Terry terpaksa diusung keluar padang selepas bergelut dengan kecederaan kaki. Cech terlepas baki aksi musim ini selepas mengalami kecederaan bahu. Chelsea terus dirundung malang apabila penjaga gol Petr Cech disahkan bakal terlepas baki aksi musim ini selepas mengalami kecederaan. Cech, 31, mengalami kecederaan bahu akibat terjatuh selepas menghalang asakan Raul Garcia semasa sepakan sudut Atletico pada minit ke-17. Berbeza dengan Cech, Terry masih boleh pulih dan beraksi pada perlawanan akhir, 24 Mei depan sekiranya Chelsea berjaya mara. “Aksi Petr Cech untuk musim ini sudah berakhir. Jangan tanya saya soal teknikal tetapi musimnya sudah berakhir," kata Pengurus Chelsea, Jose Mourinho.