suria

Sarbinee Allawee Direhatkan 6 Minggu

KUALA TERENGGANU: Penjaga gol Terengganu, Mohd Sarbinee Allawee Ramli dinasihat oleh doktor agar berehat selama enam minggu ekoran kecederaan pada bahunya.

Beliau berkata doktor memberitahu kecederaannya itu mengambil masa untuk pulih.

"Jika mengikut tempoh rehat enam minggu itu, saya memang akan terlepas aksi sehingga Liga Super melabuhkan tirai. Namun jika saya cepat sembuh, saya bertekad akan kembali beraksi," katanya.

Sarbinee terpaksa diusung keluar seawal minit kedua ketika Terengganu menentang Perak di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini pada 19 April lalu.

Penjaga gol utama musim lalu Mohd Sharmiza Yusof dan penjaga gol ketiga Mohammad Izzuddin Hussin bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sarbinee.


Terenggnau, Doktor

Artikel Lain