PENGURUS England, Roy Hodgson amat yakin dengan senarai pemain yang dipilihnya untuk perlawanan Piala Dunia 2014. Dengan majoriti pasukan itu diisi pemain muda, beliau optimis England merangkul juara. Pada Isnin, Hodgson mengumumkan senarai pemain yang akan tampil beraksi pada Piala Dunia 2014. Daripada 23 nama yang disenaraikan dalam skuad itu, lapan pemain masih berusia di bawah 24 tahun. Hugson bagaimanapun tidak menyesal menyenaraikan ramai pemain muda dalam pasukannya untuk temasya sukan dunia itu. Ini katanya, ia sama sekali tidak meragukan keupayaan prestasi mereka di padang. "Saya percaya skuad ini dapat memenangi Piala Dunia," kata Hodgson dipetik sebagai berkata dalam akhbar Daily Mail. "Saya berpuas hati dengan skuad ini. Saya senang mempunyai pemain-pemain muda yang mempunyai masa depan. Masa depan mereka seharusnya ditonjolkan. "Saya memilih mereka kerana saya percaya mereka mudah untuk beraksi dalam pasukan dan bermain dengan baik, sama seperti saya melihat mereka menunjukkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan Liga Perdana Inggeris," tambahnya lagi.