GOL oleh pemain termahal dunia, Gareth Bale dan Alvaro Morata (2 gol) sudah memadai untuk membolehkan Real Madrid menutup musim ini dengan menumpaskan Espanyol 3-1. Ini adalah gol ke-15 Bale bersama Real musim ini. Real kini mengutip 87 mata - dua mata kurang dari Atletico Madrid dan satu mata di atas Barcelona. Bagaimanapun kemenangan ini datang dengan kos yang tinggi apabila Cristiano Ronaldo mengalami kecederaan ketika sedang memanaskan badan sejurus sebelum perlawanan bermula. Kecederaan ini sekaligus menjejaskan persiapan Portugal ke Piala Dunia yang akan bermula kurang lebih sebulan dari sekarang.