suria

Sevilla FC Bawa Trofi Liga Europa Ke Malaysia

Pemain-pemain Sevilla bersama trofi Liga Europa musim ini.

KUALA LUMPUR: Peminat bola sepak tempatan akan berpeluang melihat secara dekat trofi Liga Europa apabila juara musim ini Sevilla FC akan membawa bersama piala berprestij itu ke Malaysia.

Kelab dari Sepanyol itu akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa dengan pasukan Liga Super Selangor di Stadium Shah Alam, Isnin ini.

"Kami berharap ketibaan trofi itu merupakan inspirasi tambahan untuk peminat bola sepak melihat aksi salah satu kelab terbaik dari Eropah di halaman sendiri," kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Mokhtar Ahmad dalam kenyataan pada Khamis.

Sevilla menjulang Piala Liga Europa selepas menundukkan jaguh Portugal Benfica FC 4-2 melalui penentuan sepakan penalti selepas perlawanan terikat tanpa jaringan pada final di Stadium Turin, Itali, 14 Mei lepas.

Pengurus Sevilla, Unai Emergy, yang turut berkongsi pandangan Mokhtar,berkata pasukannya amat teruja untuk menentang pendahulu Liga Super itu.

"Kami teruja untuk bermain di Malaysia dengan menentang pasukan utama seperti Selangor serta tidak sabar untuk mewujudkan kelab peminat di sini,"katanya.

Sevilla, yang menamatkan saingan La Liga di tangga kelima musim ini,mengadakan jelajah Asia dengan menentang kelab Indonesia, Pelita Bandung Raya di Stadium Si Jalak Harupat di Bandung malam Khamis sebelum berlepas ke Kuala Lumpur pada Jumaat.

Tiket perlawanan berharga RM20 akan mula dijual di Stadium Shah Alam, Ahadini. Sementara itu, orang ramai berpeluang trofi Liga Europa seberat 15 kilogram itu di Kelab Saujana di Subang, Selangor, mulai 4 petang, Sabtu ini. 

Sevilla FC, Selangor, Liga Europa

Artikel Lain