PENYERANG Liverpool, Luis Suarez memberitahu rakan sepasukannya bahawa dia kan terus kekal di Anfield musim depan bagi bersaing merebut kejuaraan liga. Sebelum ini, pengurus pasukan Brendan Rodgers telah menandatangani kontrak jangka masa panjang sehingg 2018 dan pastinya dia akan menyimpan Suarez dalam skuadnya. Laporan juga tersebar mengenai Real Madrid sanggup berbelanja besar £100 juta (RM541,043,800 juta) untuk mendapatkan penyerang Uruguay ini yang telah menyambung perjanjian dengan Liverpool Disember lalu. Namun ada pula laporan di Bernabeu yang mengatakan tiada tawaran buat Suarez sekiranya Karim Benzama setuju memperbaharui kontrak dengan kelab tersebut. "Saya datang ke sini kerana ia merupakan sebuah kelab terbesar di dunia. Saya mahu bermain dengan Liverpool selama yang mungkin, selain membantu mengekalkan menjadi kelab terbaik," kata Suarez. Selain itu faktor keluarga juga menjadikan Suzrez akan terus berada di Anfield memandangkan anaknya telah bersekolah di sekitar tempat tinggalnya.