suria

Alvaro Negredo Ganti Diego Costa Di Atletico Madrid

PENYERANG Manchester City, Alvaro Negredo merupakan pilihan utama Atletico Madrid untuk menggantikan Diego Costa  yang akan bersama Chelsea.

Berikutan itu, kelab Sepanyol berkenaan akan menjadikan Negredo pemain pertama dibida pada musim panas ini.

Pemain itu menjadi pilihan selepas dia dilihat berjaya memainkan perananya bersama City sehingga pertengahan musim Liga Perdana Inggeris sebelum posisi tersebut digantikan dengan penyerang lain.

Atletico yang turut dikaitkan dengan penyerang Spurs, Roberto Soldado percaya City akan melepaskan pemain itu kerana kelab tersebut masih mempunyai penyerang lain.

Costa akan bersama Chelsea dalam tempoh terdekat selepas pengendali pasukan itu, Jose Mourinho mahu menyelesaikan urusan perpindahan sebelum kempen Piala Dunia bermula.

Berikutan itu, Atletico akan mendapat dana yang secukupnya untuk memastikan bidaan terhadap Negredo diterima City.

Pengurus Atletico, Diego Simeone yang perlu berbelanja secara berhemah turut membenarkan David Villa untuk bersama pasukan New York City FC melalui kontrak selama tiga tahun.





Atletico Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain