KUALA LUMPUR: Malaysia mengalami tamparan hebat pada Piala Dunia di The Hague, Belanda selepas tewas 2-6 kepada Belgium pada perlawanan kedua Kumpulan A di Stadium GreenFields pada Isnin.
Kekalahan itu ialah yang kedua berturut-turut kerana sebelum ini Malaysia tewas 0-4 kepada penyandang juara dunia Australia dalam perlawanan pembukaan.
Malaysia akan menentang England dan India dalam baki dua perlawanan kumpulan.
Bagi Belgium, kemenangan ini ialah yang kedua berturut-turut selepas menundukkan India 3-2 dalam perlawanan pertama.