Presiden PKNS FC, Siti Zubaidah Abd Jabar berkata keputusan merehatkan Wan Jamak dibuat sebulat suara oleh barisan exco PKNS FC dalam satu mesyuarat tergempar yang diadakan semalam berikutan prestasi hambar dipamerkan skuad 'Semut Merah' dalam saingan liga musim ini.
Keputusan merehatkan Wan Jamak adalah berkuatkuasa serta merta.
"Kita percaya beliau (Anuar) mampu untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan dan sekali gus memperbaiki prestasi pasukan bagi memastikan kita kekal dalam Liga Super pada musim hadapan," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
PKNS FC gagal mencatatkan sebarang kemenangan sejak pusingan kedua Liga Super 2014 bermula pada 11 April lepas.
Mereka kini menduduki tangga tercorot Liga Super daripada 12 pasukan dengan kutipan 14 mata selepas beraksi dalam 17 perlawanan.