suria

AC Milan Pecat Clarence Seedorf

AC MILAN telah memecat Clarence Seedorf dan melantik Filippo Inzaghi sebagai pengurus baharu kelab itu.

Seedorf yang tiba di San Siro pada Januari dipecat selepas hanya mampu membawa kelab itu ke kedudukan kelapan carta Liga Serie A.

Inzaghi (gambar bawah)yang juga lagenda AC Milan seperti Seedorf sebelum ini melatih skuad bawah 19 tahun kelab tersebut sebelum diberi tanggungjawab besar mengemudi skuad utama.

Hotseat: Inzaghi, pictured during his Milan playing days, has been appointed the new AC Milan manager

Kelab itu dalam satu kenyataan berkata," AC Milan mengumumkan telah memecat jurulatih Clarence Seedorf dan kepercayaan itu telah diberikan kepada Pippo Inzaghi sehingga 30 Jun 2016."

Bagaimanapun, Seedorf dilaporkan akan menerima gajinya seperti biasa sehingga kontraknya tamat.

AC Milan

Artikel Lain