RAJA gelanggang tanah liat, Rafael Nadal merangkul trofi Terbuka Perancis buat kali kesembilan selepas menewaskan Novak Djokovic 3-6 7-5 6-2 6-4, awal pagi Isnin. Pemain No.1 dunia dari Sepanyol itu menjadi pemain lelaki pertama memenangi lima kejuaraan di Roland Garros, menjadikan jumlah grand slamnya kepada 14. Djokovic bermula dengan baik tetapi bergelut dengan keadaan cuaca yang panas terik selepas tewas pada set kedua. Nadal, 28, hanya tewas sekali daripada 67 permainannya di gelanggang tanah liat di Paris. "Pada perlawanan seperti ini, setiap saat amat penting. Bermain menentang Novak merupakan cabaran terbesar, saya pernah tewas kepadanya sebanyak empat kali. "Saya minta maaf kepadanya hari ini, dia layak memenangi kejohanan ini," kata Nadal.