PERTAHANAN Itali, Andrea Ranocchia keliru dengan kewujudan dua mangkuk tandas yang terletak bersebelahan di pusat latihan skuad negara itu di Rio, Brazil. Kekeliruan pemain Inter Milan itu dikongsikan menerusi laman sosial Twitter miliknya. Ranocchia (gambar atas, kiri) yang tidak disenaraikan dikalangan 23 pemain Itali oleh Cesare Prandelli menjelajah ke Amerika Latin bagi memberi sokongan kepada rakan-rakannya. Mangkuk tandas yang dibina bersebelahan itu bukan kali kedua ditemui oleh atlit selepas ia kali pertama ditemui di asarama Olimpik Musim Sejuk Soci awal tahun ini (gambar bawah).