Presiden Persatuan Bola Sepak Belanda, Michael van Praag berkata, Blatter tidak sepatutnya mencalonkan diri untuk pemilihan semula tahun depan kerana imej Fifa sudah tercalar ketika era kepimpinannya.
Menurut Van Praag: "Orang mengaitkan Fifa dengan rasuah dan pecah amanah."
Pada Selasa Blatter mengadakan pertemuan dengan delegasi UEFA setelah mendapat sokongan daripada lima konfederasi Fifa yang lain.
Beliau berkata keputusan Blatter untuk bertanding semula pada 2015 adalah mengecewakan.