SEKUMPULAN wanita yang berkerja di Vila Mimosa daerah 'lampu merah' di Brazil menawarkan diskaun 'istimewa' kepada penyokong skuad Piala Dunia England yang memerlukan perkhidmatan seks kerana dikatakan telah menempuh perjalanan jauh. Pelacur yang bekerja daerah 'lampu merah' terbesar itu memberi diskaun Piala Dunia kepada penyokong England sebelum sukan terhebat itu bermula dan 'harga' dilaporkan akan berubah selepas itu. Difahamkan sebagai persediaan menerima tetamu daripada 32 negara yang mengambil bahagian dalam kempen Piala Dunia, seramai 4,000 pelacur di daerah Mimosa telah bersedia secukupnya untuk 'berkhidmat' yang sebahagian besarnya terdiri daripada pelacur sementara. Daripada negara-negara berkenaan, kelihatan penyokong Englnad yang paling ramai berada di kawasan pelacuran itu untuk membuat penawaran bagi mendapatkan perkhidmatan terbaik. Dilaporkan setiap pelacur muda menawarkan sebanyak £26 bagi setiap kali melakukan seks manakala wanita yang berusia 30 tahun keatas mengenakan bayaran £16. Selain itu, para pelacur terbabit juga menaruh harapan tinggi untuk dibawa pulang oleh peminat bola sepak bagi mengubah kehidupan mereka khususnya di England. Selain itu, mereka juga menggunakan peluang kempen Piala Dunia untuk mendapatkan zuriat berdarah campuran yang lebih cantik atau kacak.