suria

Terbuka Indonesia: Chong Wei Bertemu Tago Aksi Separuh Akhir

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meneruskan aksi tanpa kalah dengan mengetepikan Denmark Hans-Kristian Vittinghus pada aksi suku akhir Terbuka Indonesia di Jakarka, Jumaat.

Chong Wei,31, tidak pernah tewas dalam 14 perlawanan selepas kalah kepada pemain Indonesia Simon Santosa April lalu.

Pada aksi ini, Chong Wei hanya mengambil masa 40 minit untuk menewaskan Vittinghus 21-18, 21-11.

"Chong Wei dalam keadaan tenang walaupun ketinggalan lima mata sebelum menang straight set perlawanan ini.

"Paling jelas,servis yang dilakukan Chong Wei lebih laju berbanding aksi di Terbuka Jepun minggu lalu," jelas jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock.

Chong Wei akan bertemu pemain Jepun, Kenichi Tago pada aksi separuh  akhir (Sabtu).

lee chong wei, terbuka indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain