PERTEMBUNGAN antara Argentina dan Iran dalam perlawanan Kumpulan F Piala Dunia 2014 menyaksikan pasukan itu terus mengepung pertahanan Prince of Persia, akhirnya mampu meraih jaringan menerusi aksi Lionel Messi pada masa kecederaan. Di sepanjang perlawanan, Argentina mempunyai penguasaan bola sebanyak 72 peratusan menerusi percubaannya ke pintu gawang Iran sebanyak 17 kali, di mana lima di antaranya mengarah ke gawang yang dikawal oleh penjaga gol Ali Reza Haghighi. Namun, sering kali dapat dipertahankan pihak lawan. Namun, meskipun Iran hanya memiliki 28 peratus dalam penguasaan bolanya, pasukan di bawah pengurus Carlos Queiroz mampu tampil lebih baik pada babak kedua dan mengancam pertahanan Argentina. Tedapat tiga tendangan ke arah gawang dari empat percubaan oleh pasukan itu namun kesemuanya tidak mampu meraih sebarang jaringan. Argentina yang terus mengasak pertahanan Iran, akhirnya berhasil memperoleh jaringan pada minit ke-90+1. Satu jaringan itu dilakukan oleh Lionel Messi menerusi sepakan yang tidak mampu diatasi Haghighi. Kemenangan itu membuatkan Argentina layak ke pusingan dunia dalam Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Iran dengan jaringan 1-0.