DALAM perlawanan genting bagi kumpulan F bagi Nigeria yang berhadapan dengan Bosnia-Herzegovina, kedua-dua bermain dengan begitu berimbang dan saling menekankan serangan terhadap pihak lawan. Namun nasib menyebelahi pasukan bergelar Super Eagles itu menerusi jaringan tunggal daripada Peter Odemwingie. Odemwingie memperoleh kemenangan satu jaringan itu pada minit ke-29. Penyerang milik skuad Stoke City itu berhasil menerusi kepercayaan pengurus pasukan Nigeria, Stephen Keshi sejak minit pertama menerusi kejayaan umpan daripada penjaga gol Emmanuel Emenike. Kedua-dua pasukan sebenarnya mampu melancarkan serangan ke pertahanan lawannya. Bosnia menggunakan umpan dari barisan tengah, manakala Nigeria menampilkan kepantasannya dalam strategi permainan mereka. Peluang terbaik Bosnia adalah pada separuh masa kedua melalui Dzeko. Pemain berusia 28 tahun itu bagaimanapun gagal menaklukkan penjaga gol Vincent Enyeama. Skor jaringan 1-0 terus bertahan sehingga tamat permainan. Barisan pemain: Nigeria: Enyeama, Yobo, Ambrose, Omeruo, Oshaniwa, Obi Mikel, Onazi, Babatunde (75' Uzoenyi), Odemwingie, Emenike, Musa (65' Shola Ameobi). Bosnia-Herzegovina: Begovic, Spahic, Mujdza, Sunjic, Besic, Misimovic, Medunjanin (64' Susic), Pjanic, Lulic (58' Salihovic), Hajrovic (57' Ibisevic), Džeko.