PENGURUS skuad kebangsaan Belgium, Marc Wilmots membenarkan Thibaut Courtois untuk kembali ke Chelsea pada musim panas ini. Prestasi Thibaut Courtois yang cemerlang bersama Atletico Madrid dilihat sudah cukup meyakinkan Chelsea untuk memulangkan penjaga gol itu kembali ke Stamford Bridge. Courtois berjaya membawa Atletico sebagai juara La Liga Sepanyol musim 2013/2014. Sejak dibawakan dari kelab asal Belgiumnya, Genk, Courtois sudah menjalani tiga musim terakhirnya sebagai pemain pinjaman di Atletico. Dilaporkan bahawa pada musim panas ini Pengurus Chelsea Jose Mourinho tertarik untuk membawanya kembali ke Barat London. Perkara itu dilihat akan menjadi kenyataan. Ini kerana Wilmots sendiri membenarkan anak didiknya itu yang kini dalam skuad kebangsaan pada Piala Dunia 2014 untuk kembali ke Chelsea. Ya, dia akan kembali ke Chelsea pada musim panas ini," kata Wilmots.