AMERIKA Syarikat (AS) sudah bersiap sedia untuk meraikan kemenangan penting buat pasukan itu menerusi jaringan 2-1 ke atas Portugal pada saat perlawanan memasuki babak tambahan masa kecederaan selama lima minit. Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa dilupakan saat tandukan genting daripada pemain Portugal, Silvestre Varela pada akhir masa sekali gus mencatatkan kedudukan seri 2-2 dalam perlawanan Piala Dunia 2014 bagi saingan Kumpulan G di Arena Amazonia, Brazil pada pagi Isnin. Portugal nyaris tersingkir awal namun diselamatkan dengan aksi cemerlang Varela pada minit tambahan. Terdahulu, pemainnya, Nani berjaya meraih gol pembukaan pada lima pertama perlawanan. Pasukan AS pula meraih dua gol menerusi kecekapan pemain Jones pada minit ke64 dan Dempsey (81'). Namun tandukan Varela daripada hantaran silang Cristiano Ronaldo dalam usaha menambah mata buat pasukan itu berjaya dengan menyaksikan gol penyamaan buat Portugal dan AS.