suria

Penggantungan Suarez, Uruguay Akan Buat Rayuan Fifa

RIO DE JANEIRO: Uruguay akan membuat rayuan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai hukuman penggantungan sembilan perlawanan yang dikenakan terhadap penyerang, Luis Suarez kerana menggigit pemain pertahanan Itali dalam aksi terakhir D, awal pagi Khamis.

"Kami dalam proses membuat rayuan bersama peguam kami. Rayuan itu akan dibuat hari ini.

"Kita sekarang berhujah pasal penggantungan sembilan perlawanan, empat bulan serta denda. Bagi saya ia tak masuk akal dan seperti satu penderaan," kata Presiden Persatuan Bola Sepak Uruguay, Wilmer Valdez. 

Komen Valdez disokong ramai peminat Uruguay yang simpati dengan nasib malang yang menimpa Suarez.

Malah ada yang menyifatkan tindakan FIFA itu sebagai tidak adil.

Penyerang Liverpool itu tidak akan beraksi apabila Uruguay bertemu Colombia dalam pusingan kedua di Rio de Janeiro, awal pagi Ahad ini. 

“Suarez amat kecewa dengan situasi ini. Sebagai manusia dan pemain bola sepak dia akan mendapat sokongan penuh FA dan seluruh peminat bola sepak Uruguay. Ini tidak diragui lagi,” kata Valdez.

Suarez disahkan pulang ke negaranya pada Jumaat.

Menurut media tempatan, Presiden Uruguay, Jose Mujica akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan penggantungan Suarez dalam aksi Piala Dunia itu.


Luis Suarez, Fifa, Uruguay, Itali

Artikel Lain