McIlroy, 25, menewaskan Phil Mickelson, Rickie Fowler dan Henrik Stenson di hari terakhir untuk muncul juara.
Pemain berasal dari Ireland Utara itu mencatat sejarah sebagai pemain profesional ketiga yang paling muda selepas Tiger Woods dan Jack Nicklaus untuk memenangi empat kejohanan golf terbesar dunia dan pada masa yang sama menjadi pemain pertama selepas Padraig Harrington memenangi dua kejuaraan utama berturut-turut sejak 2008.
Sebelum PGA AS, dia telah pun memenangi Terbuka British dua minggu lalu.
PGA AS menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$10 juta - iaitu yang terbesar dalam mana-mana kejohanan terbuka golf dunia.
Rory McIlroy memperolehi AS$1.8 juta sebagai juara.