TIM Sherwood antara nama yang disebut bakal dilantik sebagai pengurus baharu Crystal Palace bagi menggantikan Tony Pulis, menurut pengerusi kelab, Steven Parish. Jawatan penting di Palace kosong selepas Tony Pulis mengambil tindakan drastik meninggal kelab berkenaan gara-gara tidak bersetuju dengan keputusan pengerusinya. Selain Sherwood, bekas pengendali Cardiff City, Malky Mackay antara yang disebut untuk dilantik mengemudi kelab berkenaan dalam tempoh 48 jam. Mackay dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Pengarah Sukan Palace, Moody manakala Sherwwod merupakan pilihan Parish sendiri. Parish perlu melantik pengurus baharu secepat mungkin bagi membincangkan mengenai perpindahan pemain sebelum tingkat perpindahan yang berbaki dua minggu lagi ditutup.