suria

Mohamad Norza Dipilih Semula Sebagai Presiden KLBA

Mohamad Norza Zakaria.

PUTRAJAYA: Datuk Mohamad Norza Zakaria dipilih semula tanpa dicabar sebagai Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) pada Mesyuarat Agung Dwitahunan (BGM) ke-22 persatuan itu, Ahad lepas.

Keseluruhan jawatankuasa KLBA juga dipilih tanpa dicabar selepas 24 daripada 41 anggota gabungan hadir untuk BGM itu yang diadakan di dewan serbaguna Kementerian Dalam Negeri di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Semasa mesyuarat, Timbalan Presiden KLBA Datuk Jahaberdeen Mohd Yunoos berkata, mereka akan mengekalkan polisi tahun lepas untuk mengamalkan budaya profesional dan sains sukan untuk membawa kembali era kegemilangan KLBA.

"Bagi menentukan kebertanggungjawapan, keberkesanan dan produktiviti untuk bergerak ke hadapan, pihak pengurusan telah menguji satu struktur baru dalam unit latihan dan kejurulatihan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Jahaberdeen juga berkata, tumpuan mereka adalah untuk mengukuhkan jabatan kejurulatihan dengan mendapatkan jurulatih terbaik untuk memupuk bakat pemain.

Selain daripada itu, mencari dan melatih bakat baru turut menjadi tumpuan persatuan itu.

BGM itu juga meluluskan satu usul khas untuk meminda perlembagaan persatuan itu.

Artikel Lain