CRISTIANO Ronaldo menyerahkan replika trofi Ballon d'Or kepada Presiden Real Madrid Florentino Perez pada Rabu. Penyerang Portugal menyerahkan trofi yang dimenangi sebanyak dua kali, 2008 dan 2013 di pusat latihan kelab tersebut. 'Untuk Florentino Perez. Dengan penuh perasaan sayang. Cristiano Ronaldo', tulisnya di trofi itu. Ronaldo,28, dinamakan sebagai pemenang Pemain Terbaik Dunia pada Januari selepas mendapat undian daripada jurulatih, kapten dan juga pihak media. Ronaldo menerima anugerah bagi tahun 2013 dengan jumlah undian 1,365 mengatasi bintang Barcelona Lionel Messi (1,205) dan ayam tambatan Bayern Munich Frank Ribery (1,227) yang diundi oleh 184 jurulatih, 184 kapten pasukan kebangsaan, dan 173 orang wakil media. Messi,26, pernah menjulang trofi ini, namun Ronaldo mengambil alih gelaran tersebut selepas menjaringkan 66 gol dalam 56 perlawanan pada tahun 2013 untuk kelab dan negara. Ia termasuk hatrik sensasi ketika Portugal bertemu Sweden pada aksi kelayakan Piala Dunia pusingan kedua play-off yang membawa mereka layak ke Brazil baru-baru ini.