ARSENE Wenger mengakui skuadnya akan menambah seorang lagi penyerang sebelum tingkap perpidahan ditutup pada Isnin. Berikutan itu, Arsenal kini menjadi antara kelab paling aktif pada minit terakhir pemindahan dengan menyasarkan beberapa penyerang utama. Kelab itu terdesak untuk mendapatkan penyerang selepas seri 1-1 dengan Leicester pada Ahad akibat daripada kecederaan yang dialami Olivier Giroud. "Kami sangat aktif ketika ini, kami berkerja keras untuk mencari jalan penyelesaian (masalah penyerang). "Tiada siapa dapat meramalkan apa yang akan berlaku dalam tempoh 24 jam (Isnin)," kata Wenger. Liga Perdana Inggeris telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £725 juta sehingga Jumaat, iaitu jumlah tertinggi. Bagaimanapun terdapat beberapa kelab masih memburu pemain di saat akhir pemindahan sebelum ia ditutup pada Selasa.