suria

Marco Van Ginkel Tinggalkan Chelsea Ke AC Milan

PEMAIN tengah Chelsea, Marco van Ginkel dilaporkan tiba di Itali bagi melengkapkan perpindahanya ke AC Milan.

Pemain berusia 21 tahun itu yang mengalami kecederaan serius pada tahun pertama bersama Chelsea dibida oleh AC Milan pada Rabu lalu.

Media Itali melaporkan, Van Ginkel telah ditawarkan kontrak jangka masa panjang, namun kelab berkenaan belum mendedahkan butiran perjanjian dengan pemain terbabit setakat ini.

Van Ginkel merupakan pemain kedua Chelsea ke AC Milan pada tingkap pemindahan pemain kali ini selepas Fernando Torres.

Torres setakat ini berjaya membantu AC Milan menewaskan Lazio 3-1 dalam perlawanan pembukaan liga Serie A.

Penyerang Sepanyol itu meninggalkan Liverpool untuk ke Chelsea dengan yuran perpindahan sebanyak £50 juta sebelum ini.

Chelsea, AC Milan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Arsenal Aktif Buru Penyerang Baharu

Artikel Lain