PEMAIN tengah Manchester United, Shinji Kagawa kembali ke pangkuan bekas kelabnya, Borussia Dortmund dengan yuran perpindahan sebanyak £6.3 juta dan menandatangani kontrak selama empat tahun pada Ahad. Bintang skuad antarabangsa Jepun itu meninggalkan Dortmund dua tahun lalu selepas berjaya membantu kelab tersebut memenagi dua piala. Bagaimanapun, Kagawa gagal menonjol di United dan dianggap sebagai pemain bukan pilihan oleh pengurus baharu kelab tersebut, Louis van Gaal. "Shinji Kagawa seorang pemain yang berskil dan mampu meningkatkan rentak permainan. "Dia ingin kembali ke Borussia Dortmund dan saya yakin dia dapat kembali beraksi cemerlang selepas dua tahun melalui proses tidak menentu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke.