JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei gagal meraih gelaran juara dunia selepas tewas kepada pemain China Chen Long pada aksi akhir Kejohanan Badminton Dunia BWF yang berlangsung di Copenhagen Ahad. Chong Wei tewas straight set 19-21 19-21 sekaligus meranapkan impiannya untuk bergelar juara kejohanan ini buat kali pertama. Ini merupakan final ketiga Chong Wei selepas edisi 2011 di England dan 2013 di China.