JUARA bertahan bertahan dua kali dan pilihan utama Serena Williams menang mudah terhadap lawannya, Flavia Pennetta 6-3, 6-2 dari Itali dalam saingan peringkat suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS), pagi Khamis. Serena akan berdepan pemain kidal dari Rusia Ekaterina Makarova, pilihan ke-17 yang sebelum itu mencipta nama dalam acara perseorangan Grand Slam apabila menyingkirkan naib juara dua tahun lepas, Victoria Azarenka. Pemain Denmark, Caroline Wozniacki (pilihan ke-10) juga telah menempah tiket ke separuh akhir untuk bertemu pemain bukan pilihan dari China, Peng Shuai.