PASANGAN kembar Amerika Syarikat, Bob dan Mike Bryan menjadi pasangan beregu pertama yang mencatat kejayaan ke-100 bersama selepas mengetepikan pasangan dari Sepanyol,Marcel Granollers-Marc Lopez 6-3 6-4 pada final Terbuka Amerika Syarikat awal pagi Isnin. Pasangan no.1 dunia ini menjadi pilihan ke-11 hanya tewas satu set dalam perlawanan bagi mencatat trofi kelima kejohanan ini dan gelaran yang ke-16 grand slam bersama. Kejayaan pasangan kembar berusia 36 tahun itu juga merupakan gelaran pertama grand slam tahun ini dan kini mereka sekurang-kurang mencatat satu gelaran grand slam bersama dalam tempoh 10 tahun.