suria

Isu Falcao Tipu Umur, Man United Puas Hati

MANCHESTER United berpuas hati dengan pengakuan Radamel Falcao bahawa dia tidak menipu tentang umurnya iaitu 28 dan bukan 30 tahun seperti yang didakwa.

Laporan mengenai umur Falcao adalah 30 dan bukan 28 tahun menarik perhatian pihak pengurusan United kerana kelab itu telah mengikat kontrak jangka masa panjang dengan kos sebanyak £6 juta untuk tempoh pinjaman sebelum membuat pembelian penuh pada harga £52 juta hujung musim ini.

United juga dikatakan gembira dengan dokumen tarikh kelahiran yang telah dikemukan Falcao bagi membuktikan dia berusia 28 tahun.

Ketika kontrak melibatkan gaji sebanyak £280,000 seminggu diikat dan permit kerja dimohon, United telah menggunakan tarikh lahir yang tertera pada pasport bekas pemain Monaco itu yang bertarikh 10 Februari 1986.

Dakwaan itu timbul apabila Falcao didakwa telah mengubah umurnya bagi membolehkan dia bermain untuk saingan bawah 20 tahun Fifa pada 2005.

Selain itu, pada 2012, bekas sekolah Falcao pula dikatakan mendedahkan sijil kelahirannya bertarikh 1984.

Dakwaan itu menambah kebimbangan kepada United apabila keluarga Falcao dikatakan telah mendedahkan sijil kelahirannya kepada pihak media Colombia.



Artikel Lain