suria

Skuad Lelaki & Wanita Hanya Mampu Tempat Kelima

INCHEON: Meskipun jaguh trek negara Azizulhasni Awang mencatatkan masa peribadi terbaik 22.1 saat namun ia hanya membantu skuad negara menduduki tempat kelima dalam acara pecut berpasukan lelaki pada temasya Sukan Asia ke-17 di sini, Sabtu.

Pada saingan di Velodrom Antarabangsa Incheon di sini, skuad negara dibarisi trio Azizulhasni, Muhammad Edrus Md Yunus dan Josiah hanya mengumpul catatan masa satu minit 02.077s.
 
"Saya buat masa perbadi terbaik pada pusingan pertama dan ini menyuntik semangat saya untuk teruskan perlumbaan dalam acara pecut individu dan keirin nanti," kata Azizulhasni.

Acara pecut berpasukan dimenangi oleh trio Korea Selatan Son Jeyong, Im Chaebin dan Kang Dongjin manakala pingat perak oleh pasukan China dibarisi Xu Chao, Hu Ke dan Bao Saifei.

Pingat gangsa menjadi milik skuad Jepun yang dibarisi Tomoyuki Kawabata, Seiichiro Nakagawa dan Kazunari Watanabe.

Sementara itu, gandingan negara Fatehah Mustapa dan Jupha Somnet turut menduduki tempat kelima dalam acara pecut berpasukan wanita dengan catatan masa 46.988s.

China dengan pelumba Zhong Tianshi dan Gong Jinjie merangkul emas diikuti perak oleh Korea Selatan menerusi gandingan Lee Hyejin dan Kim Wongyeong dan pingat gangsa oleh gandingan Hsiao Mei Yu dan Huang Ting Ying dari Taiwan.

Hoki, Sukan Asia

Artikel Sebelum

Malaysia Benam Kemboja 4-1

Artikel Berikut

Artikel Lain