suria

Stadium Wembley Dipilih Sebagai Venue Aksi Separuh Akhir Dan Akhir Euro 2020

STADIUM Wembley London bakal menjadi pentas aksi separuh akhir dan akhir Kejuaraan Eropah (Euro) 2020.

Kejohanan empat tahun sekali ini melibatkan 13 bandaraya di Eropah, dan England akan menjadi tuan rumah untuk tiga perlawanan penting.

Kali terakhir England menjadi tuan rumah bagi kejohanan major ialah Euro 1996, serta final Liga Juara-Juara 2011 dan 2013.

Selepas undian, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengumumkan Munich Allianz Arena menjadi calon pilihan terakhir, sekaligus Jerman mendapat kelebihan untuk menjadi tuan rumah kejohanan ini pada tahun 2024.

"Proses membida telah dibuka kepada lebih 50 buah negara UEFA, jadi Wembley menjadi perhatian dan membuktikan kerja keras untuk ini," jelas Pengerusi Persatuan Bola Sepak England, Greg Dyke.

"Ia amat bermakna menjadi sebahagian daripada temasya ini dan pastinya ia lebih menarik kerana sambutan 60 Tahun Kejohanan Eropah UEFA ini".

Sementara itu, Glasglow (Scotland) dipilih sebagai venue bagi perlawanan tiga kumpulan dan kelompok 16 terakhir.

Iris (Dublin) turut menjadi lokasi aksi kumpulan 16 pasukan.

Munich yang satu-satunya menjadi pilihan Selain Wembley oleh UEFA untuk aksi separuh akhir dan akhir dan kali ini Stadium Bayern akan menjadi tuan rumah untuk salah satu aksi suku akhir.

Manakala tiga lagi aksi suku akhir akan bermain di Baku, Azerbaijan, St Petersburg (Rusia) dan Rome (Itali).

Enam lagi venue yang tersenarai untuk tiga kumpulan dan kelompok 16 adalah Copenhagen (Denmark), Bucharest (Romania), Amsterdam (Belanda), Bilbao (Sepanyol), Budapest (Hungary) dan Brussels (Belgium).

Wales yang meletakkan Cardiff gagal untuk mendapat sebarang tawaran sama seperti Sweden (Stockholm), Macedonia (Skopje), Israel (Jerusale), Bulgaris (Sofia) dan Belarus (Minsk).

Stadium Wembley, England

Artikel Berikut

Artikel Lain