suria

Stoke City Tewaskan Newcastle United 1-0

STOKE (England): Stoke City menewaskan Newcastle United 1-0 untuk kemenangan pertama di tempat sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Jaringan tunggal itu diperolehi hasil tandukan Peter Crouch di Stadium Brittania.

Kemenangan ini sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pengurus lawan, Alan Pardew.

Crouch menggunakan kelemahan Newcastle yang mempunyai masalah mencipta peluang pada musim ini dengan menanduk masuk hantaran Victor Moses pada minit ke-15.

Newcastle pada musim ini masih belum memenangi sebarang perlawanan.

Moses yang ditolak Yoan Gouffran sepatutnya diberikan hadiah penalti tetapi pengadil tidak memberikannya.

Sementara itu pemain gantian, Marko Arnautovic hampir menambah jaringan apabila percubaan terkena tiang pada awal babak kedua.
Stoke City, Newcastle

Artikel Sebelum

Nasib Pardew Terus Tak Menentu

Artikel Berikut

Artikel Lain